Bersyukur Kehadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, dapatlah KELAB KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KKE) UTHM
di bawah bimbingan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM, membangunkan laman web
sendiri demi meningkatkan taraf kualiti kelab dan dapat menyebarkan
ilmu pengetahuan di kalangan pelajar UTHM khususnya pelajar
kejuruteraan elektrik. Dengan adanya laman web ini seluruh pelajar
kejuruteraan elektrik, bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan KKE
UTHM dari semasa ke semasa, malah dapat menambahkan lagi ilmu
pengetahuan mengenai Teknologi Masa Kini khususnya bidang Kejuruteraan
Elektrik.
Disamping itu para pelajar juga dapat bertukar pendapat, pengalaman, masalah dan ilmu pengetahuan di ruangan FORUM
yang terkandung dalam laman web KKE UTHM ini. Di harapkan dengan adanya
ruangan FORUM ini, para pelajar dapat mengadaptasikan dengan sebaik
mungkin untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
peh, sapa yang wat ni...leh interview x...hehehehe...apa pon, web site ni ada classnya yg tersendiri...keep going on...n moga2 kke UTHM menjadi apa yang sepatotnya jadi...Anugerah Kelab Terbaik...Insyallah