Assalamualaikum w.b.t
Laman web yang dibangunkan ini bertujuan untuk menyalurkan informasi-informasi terkini kelab KKE dan hal ehwal semasa yang berlaku di UTHM. Selain itu, kami juga akan berusaha menyajikan artikel-artikel dan bahan ilmiah yang menarik untuk perkongsian bersama. Perkongsian ini meliputi teknologi multimedia, isu-isu semasa negara, isu globalisasi, dan pelbagai lagi input menarik yang dapat menjana perkembangan ilmu pengetahuan.
Bagi mereka yang ingin bertukar pendapat, pengalaman dan pendapat, bolehlah berbuat demikian di ruangan FORUM. Bukan hanya tertumpu kepada akademik, mereka juga boleh berbincang mengenai pelbagai aktiviti remaja masa kini seperti muzik, game, anime, bola sepak dan lain-lain lagi. Berteraskan konsep "Halaman Informasi Untuk Semua", turut dimuatkan ruangan khusus untuk perbincangan dan informasi mengenai Kolej Kediaman dan Majlis Tertinggi Kelab Kejuruteraan Elektrik. Segala informasi terkini dan sebarang pengumuman kelab akan disalurkan di ruangan ini.
Disarankan kepada pelajar-pelajar untuk mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara talian. Pada masa yang sama ia membolehkan nama anda disenaraikan di dalam komuniti kkeuthm.ucoz.net dan mula menikmati kandungan-kandungan menarik yang terdapat di sini. Diharapkan laman web ini dapat memberi input dan manfaat kepada komuniti pelajar UTHM dari pelbagai aspek.
ADMIN KKE
Kecemerlangan akademik menjadi sasaran bagi mereka yang bergelar mahasiswa.
BIRU
Konsep kesepaduan ukhwah dikalangan ahli adalah kukuh.
HIJAU
Mencerminkan tunjang kecemerlangan kehidupan iaitu akhlak.
MERAH
Prinsip perjuangan dalam kehidupan tanpa mengenal erti jemu.
HITAM
Sasaran kualiti kerja yang cemerlang di kalangan nadi penggerak KKE.
HURUF A BERKEMBAR
Melambangkan konsep asas perjuangan KKE yang bertunjangkan akhlak dan akademik.
JALUR LITAR
Menggambarkan sikap yang cuba disemai iaitu sentiasa berusaha mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu.
MIKROCIP
Melambangkan wadah untuk memantapkan proses penerapan ilmu; duniawi dan ukhrawi.
OBJEKTIF KKE
Membantu
mahasiswa meningkatkan kualiti akademik.
Memberi khidmat dan nasihat
dari segi akademik, kerohanian, pengurusan dan kebajikan.
Membentuk
pemimpin yang syumul.
VISI KKE
Melahirkan mahasiswa yang syumul ke arah kecemerlangan.
MISI KK
Meneraju dan mengaplikasikan cabang ilmu secara optimum melalui
daya kreativiti dan inovasi berlandaskan budaya ilmu.
MOTTO KKE
" AKHLAK GEMILANG, AKADEMIK CEMERLANG "
update: 2 March 2009