Tuesday, 2024-03-19, 10:05:30 PM

Registration
Login






Welcome Guest | RSS
Site menu
News topics
::Pengumuman Penting:: [2]
:: Aktiviti Kelab :: [1]
::Teknologi dan Inovasi:: [0]
Our poll
Rate my site
Total of answers: 22







:: Pembuka Bicara ::



Assalamualaikum w.b.t


Setelah beberapa hari membangunkan laman web ini, kami crew ADMINKKE dgn berbesar hatinya melancarkan laman web ini kepada pelajar-pelajar UTHM umumnya dan khususnya pelajar-pelajar kejuruteraan Elektrik. Laman web ini masih dalam prosesmengedit dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek bagi menarik minat pelajar untuk terus aktif di laman web ini. Sebarang cadangan atau pendapat bolehlah terus diajukan kepada kami bagi sama-sama memeriahkan lagi laman web ini.

Laman web yang dibangunkan ini bertujuan untuk menyalurkan informasi-informasi terkini kelab KKE dan hal ehwal semasa yang berlaku di UTHM. Selain itu, kami juga akan berusaha menyajikan artikel-artikel dan bahan ilmiah yang menarik untuk perkongsian bersama.
Perkongsian ini meliputi teknologi multimedia,isu-isu semasa negara, isu globalisasi, dan pelbagai lagi input menarik yang dapat menjana perkembangan ilmu pengetahuan.

Bagi mereka yang ingin bertukar  pendapat, pengalaman dan pendapat, bolehlah berbuat demikian di ruangan FORUM. Bukan hanya tertumpu kepada akademik, mereka juga boleh berbincang mengenai pelbagai aktiviti remaja masa kini seperti muzik, game, anime, bola sepak dan lain-lain lagi. Berteraskan konsep "Halaman Informasi Untuk Semua",  turut dimuatkan ruangan khusus untuk perbincangan dan informasi  mengenai Kolej Kediaman dan Majlis Tertinggi Kelab Kejuruteraan Elektrik. segala informasi terkini dan sebarang pengumuman kelab akan disalurkan di ruangan ini.

Disarankan kepada pelajar-pelajar untuk mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara talian. Pada masa yang sama ia membolehkan nama anda disenaraikan di dalam komuniti kkeuthm.ucoz.net dan mula menikmati kandungan-kandungan menarik yang terdapat di sini. Diharapkan laman web ini dapat memberi input dan manfaat kepada komuniti pelajar UTHM dari pelbagai aspek.

*Sesiapa yang berminat untuk menjadi moderator forum bolehlah menghantar permohonan kepada kami.

Sekian, wassalam
~ ADMIN KKE ~




edited by: ADMINKKE
update: 5 March 2009



Annual Grand Meeting Kelab Kejuruteraan Elektrik 2008/2009

tarikh:4 April 2009
tempat:Dewan Terbuka (lebih di kenali sebagai Dataran Penyu)
masa: 8.00 mlm ~ 11.00 mlm
yuran:RM 5.00


*semua ahli kke wajib menghadirkan diri pada mlm tersebut. Pembayaran
boleh dilakukan kepada Bendahari Kelab atau Bendahari AGM KKE 08/09.

maklumat lanjut sila YM Muhammad: anbiak7@yahoo.com
atau boleh telefon/sms : 013-7597652
Category: :: Aktiviti Kelab :: | Views: 47766 | Added by: maqrifah7 | Date: 2009-03-19 | Comments (20)

Assalamualaikum..

Kepada Majlis Tertinggi KKE dan AJK KKE, kami dari Exco Keusahanan Dan Interaksi inginkan pendapat dan cadangan mengenai design baju koporat yang telah di masukkan ke dlm Forum>Pengumuman. Oleh itu sila beri sedikit pandangan anda semua demi menambahbaikan lagi design yang sedia ada atau untuk mencadangkan satu design baru untuk kepentingan KKE.

*Klik di sini terus ke laman:FORUM>PENGUMUMAN


Sekian:
ADMINKKE



Category: ::Pengumuman Penting:: | Views: 1484 | Added by: maqrifah7 | Date: 2009-03-05 | Comments (0)

Assalamualaikum W.B.T...

Bersyukur Kehadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, dapatlah KELAB KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KKE) UTHM di bawah bimbingan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM, membangunkan laman web sendiri demi meningkatkan taraf kualiti kelab dan dapat menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar UTHM khususnya pelajar kejuruteraan elektrik. Dengan adanya laman web ini seluruh pelajar kejuruteraan elektrik, bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan KKE UTHM dari semasa ke semasa, malah dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai Teknologi Masa Kini khususnya bidang Kejuruteraan Elektrik.

Disamping itu para pelajar juga dapat bertukar pendapat, pengalaman, masalah dan ilmu pengetahuan di ruangan FORUM yang terkandung dalam laman web KKE UTHM ini. Di harapkan dengan adanya ruangan FORUM ini, para pelajar dapat mengadaptasikan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Sekian.
AdminKKE
Category: ::Pengumuman Penting:: | Views: 1966 | Added by: maqrifah7 | Date: 2009-03-01 | Comments (8)



 
*Laman web ini masih lagi dalam pembikinan, oleh itu sebarang kesulitan amatlah dikesali
dan harap para pengujung memberi pandangan anda di ruangan FORUM.

Login form
News calendar
«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
Search
Site friends
:: LAMAN WEB TERPILIH ::

:: BLOG TERPILIH ::

Statistics




| Copyright Razuba & Anbiak7 © 2024 | Free website builderuCoz |